Galaksi Piscium


Tauri muncul tatkala Piscium masih meratapi kehilangan Cancri pertama. Piscium bangkit semula kerana cahaya terang Tauri.Piscium mula memancar kembali tapi tidak setanding Tauri.Piscium taksub dengan cinta pertamanya.Piscium tidak percaya kepada anugerah kedua sedang Piscium sudah terusik hatinya oleh cahaya Tauri.Piscium masih cuba menongkah takdir.

Andromeda menjengah menanyakan cinta Piscium.Piscium kagum dengan cinta Andromeda.Piscium cuba menerima cahaya Andromeda namun lama kelamaan Piscium sendiri sudah tidak bersinar.Piscium hairan mengapa hanya cahaya Tauri yang boleh membantu Piscium bersinar.Piscium mula sedar kepentingan cahaya Tauri dalam galaksinya.Piscium katakan pada Andromeda,aku bukan Perseus mu.

Saat Piscium memerhatikan galaksi Tauri untuk mempertanyakan kembali cinta Tauri,Tauri kini sudah membantu menyinari Vernal Equinox.Vernal Equinox yang dulunya turut berada di dalam galaksi Piscium,kini semakin meninggalkan Piscium dan cenderung ke barat di sempadan Aquarius,hampir kepada Tauri.

Galaksi Piscium tidak mampu bersinar tanpa bantuan Tauri.Sinar aurora tidak akan terpancar tanpa gabungan dua galaksi,Piscium dan Tauri.Kini,Piscium bersinar sendiri dan Piscium yakin pusingan cakerawala ini akan mempertemukan kembali aurora Piscium dan Tauri.

2 comments:

  1. seriously aku tak dpt catch up apa yg ko nak sampaikan...Tauri? anak makcik kafe ke? Piscium? main cium2? hahaha...

    buat dialog dragon ball nih sure gempak.

     
  2. hehe.cryptic writing.