Dansa



Kamu,

Masih terngiangkah melodi tawa di bawah bumbung mentari itu?

Masih terbayangkah gerak dansa di bawah payung rembulan itu?

Kamu,

Lagu ku sumbang

Rentak ku tempang

Dansa ini  compang camping

Kamu,

Pulanglah

Ayuh sama selamatkan dansa ini...



Luka


Bulan senyum sinis

Bintang tawa berdekah

Aku menengadah ke langit

Langit memercikkan kaca

Ku biar kaca menghiris perlahan

Hingga luka mendalam

Buat menghukum ego

Yang rakus memamah diri....

Ku Impi Bulan,Ku Terjatuh Di Bintang



"Ada apa dengan bulan?""Ada apa dengan bintang?"

Bulan nadi inspirasiku.Bintang sumber inspirasiku.

"Lama senyap?Tiada sepatah kata pun dilontarkan ke sini?".

"Sibuk."

"Sibuk hanya alasan.Masakan tidak punya satu atau dua minit senggang untuk ketak ketuk menaip isi di sini.Sibuk kenapa?"

"Sungguh,memang sibuk".

Sendiri tanya,sendiri jawab.

Bulan ini aku memang sudah mula sibuk dengan kerja.Kini aku sudah mula terjun semula ke dalam bidang programming.Kerja-kerja web,coding dan sebagainya.Maka,kepala agak pening dan grafik Matrix sentiasa menghiasi visual fikiran aku.Aku takut bila aku ketak ketuk di sini,akan keluar visual grafik Matrix di sini.Nyah kau,alasan.

Aku pernah suruh kamu google Monfish.Dua minggu lepas,bila google Monfish tidak akan keluar apa yang mahu aku tunjukkan..tapi kini jika anda google Monfish,sudah keluar nama itu-Monfish,Malaysian Indie Portal.Aku terlibat secara langsung dengan portal ini,maka di waktu senggang aku,aku sibuk dengan ikan ini.Oh,iklan sebentar.Jika anda karyawan,pemuzik,jurugambar,pembikin filem,sila lah sumbangkan karya anda ke Monfish.Terima kasih.

Ku impi bulan,ku terjatuh di bintang,kata Wani.Penat bekerja,kadang-kadang hasilnya tidak seperti yang diharapkan.Tidak mengapa,pujuk hati hidup mesti diteruskan.Apa khabar ya Chuck dan Blair?Masih bermain tarik talikah?

Galaksi Piscium


Tauri muncul tatkala Piscium masih meratapi kehilangan Cancri pertama. Piscium bangkit semula kerana cahaya terang Tauri.Piscium mula memancar kembali tapi tidak setanding Tauri.Piscium taksub dengan cinta pertamanya.Piscium tidak percaya kepada anugerah kedua sedang Piscium sudah terusik hatinya oleh cahaya Tauri.Piscium masih cuba menongkah takdir.

Andromeda menjengah menanyakan cinta Piscium.Piscium kagum dengan cinta Andromeda.Piscium cuba menerima cahaya Andromeda namun lama kelamaan Piscium sendiri sudah tidak bersinar.Piscium hairan mengapa hanya cahaya Tauri yang boleh membantu Piscium bersinar.Piscium mula sedar kepentingan cahaya Tauri dalam galaksinya.Piscium katakan pada Andromeda,aku bukan Perseus mu.

Saat Piscium memerhatikan galaksi Tauri untuk mempertanyakan kembali cinta Tauri,Tauri kini sudah membantu menyinari Vernal Equinox.Vernal Equinox yang dulunya turut berada di dalam galaksi Piscium,kini semakin meninggalkan Piscium dan cenderung ke barat di sempadan Aquarius,hampir kepada Tauri.

Galaksi Piscium tidak mampu bersinar tanpa bantuan Tauri.Sinar aurora tidak akan terpancar tanpa gabungan dua galaksi,Piscium dan Tauri.Kini,Piscium bersinar sendiri dan Piscium yakin pusingan cakerawala ini akan mempertemukan kembali aurora Piscium dan Tauri.

Filem : Slumdog the Best!!


Sana sini orang memperkatakan tentang kehebatan filemSlumdog Millionaire.Mungkin sebelum Academy Awards yang lepas,filem ini kurang menjadi sebutan..tapi kini siapa yang belum menonton filem Slumdog Millionaire memang rugi besar.PussyCat Dolls pun menyanyikan semula lagu Jai Ho dalam versi remix.

Apa yang aku suka tentang filem SLUMDOG MILLIONAIRE :-

1. Idea yang diketengahkan tidak klise.Sebuah cerita yang segar yang menggunakan siri tv popular Who Wants to be a Millionaire sebagai platform cerita.

2. Pelakon kanak-kanak yang sangat-sangat berbakat.

3. Tidak perlu menonjolkan pelakon-pelakon popular namun berjaya menghasilkan sebuah cerita yang bagus dan meninggalkan kesan yang mendalam dan lekat di ingatan.

4. Sinematografi filem yang indah.Tidak perlu menggunakan latar bangunan atau pejabat-pejabat korporat ataupun rumah-rumah mewah untuk menghasilkan sinematografi yang bagus.Lihat saja filem Yasmin Ahmad.

5. Skor muzik yang indah juga..tapi oleh kerana cerita yang bagus,mendengarkan lagu tema Who Wants to be a Millionaire pun boleh jadi sangat 'touching'.

6. Paparan realiti masyarakat.Sebuah cerita cinta agung yang diangkat dari kalangan golongan bawahan di Mumbai.Rasanya kita semua sudah muak disajikan dengan cerita cinta berlatarkan kota metropolitan.Sekali lagi,lihat filem Yasmin Ahmad.Fresh,realistik seperti Sepet,Gubra dan Mukhsin.Sweet juga kisah cintanya..kan?

Aku sangat suka pelakon kanak-kanak yang membawakan watak Jamal sewaktu kecil.Sangat comel!!





Cinta hati Jamal,Latika...


P/S:- Athos,Portos...?