Dansa



Kamu,

Masih terngiangkah melodi tawa di bawah bumbung mentari itu?

Masih terbayangkah gerak dansa di bawah payung rembulan itu?

Kamu,

Lagu ku sumbang

Rentak ku tempang

Dansa ini  compang camping

Kamu,

Pulanglah

Ayuh sama selamatkan dansa ini...



Luka


Bulan senyum sinis

Bintang tawa berdekah

Aku menengadah ke langit

Langit memercikkan kaca

Ku biar kaca menghiris perlahan

Hingga luka mendalam

Buat menghukum ego

Yang rakus memamah diri....

Ku Impi Bulan,Ku Terjatuh Di Bintang



"Ada apa dengan bulan?""Ada apa dengan bintang?"

Bulan nadi inspirasiku.Bintang sumber inspirasiku.

"Lama senyap?Tiada sepatah kata pun dilontarkan ke sini?".

"Sibuk."

"Sibuk hanya alasan.Masakan tidak punya satu atau dua minit senggang untuk ketak ketuk menaip isi di sini.Sibuk kenapa?"

"Sungguh,memang sibuk".

Sendiri tanya,sendiri jawab.

Bulan ini aku memang sudah mula sibuk dengan kerja.Kini aku sudah mula terjun semula ke dalam bidang programming.Kerja-kerja web,coding dan sebagainya.Maka,kepala agak pening dan grafik Matrix sentiasa menghiasi visual fikiran aku.Aku takut bila aku ketak ketuk di sini,akan keluar visual grafik Matrix di sini.Nyah kau,alasan.

Aku pernah suruh kamu google Monfish.Dua minggu lepas,bila google Monfish tidak akan keluar apa yang mahu aku tunjukkan..tapi kini jika anda google Monfish,sudah keluar nama itu-Monfish,Malaysian Indie Portal.Aku terlibat secara langsung dengan portal ini,maka di waktu senggang aku,aku sibuk dengan ikan ini.Oh,iklan sebentar.Jika anda karyawan,pemuzik,jurugambar,pembikin filem,sila lah sumbangkan karya anda ke Monfish.Terima kasih.

Ku impi bulan,ku terjatuh di bintang,kata Wani.Penat bekerja,kadang-kadang hasilnya tidak seperti yang diharapkan.Tidak mengapa,pujuk hati hidup mesti diteruskan.Apa khabar ya Chuck dan Blair?Masih bermain tarik talikah?